PENYELESAIAN SUNNAH TERHADAP PERTANYAAN SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH

 Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wa Barakatuh 

Bismillah: Rasulullah SAW bersabda:


يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا، مَنْ خَلَقَ كَذَا، حَتَّى يَقُولَ: مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ


Maksudnya: Syaitan akan datang kepada salah seorang daripada kamu dan berkata: ‘Siapa menciptakan ini? Siapa menciptakan ini? Hingga dia berkata: ‘Siapa menciptakan Tuhanmu?’ Sekiranya soalan ini sampai, maka dia (lelaki yang beriman) hendaklah beristighfar kepada Allah dan berhenti (daripada melayani persoalan itu).

(Riwayat al-Bukhari, no. 3276)


Maksud Hadis


Sesuatu yang berbentuk rahsia Allah, atau perkara ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah swt sendiri pada manusia, tidak akan dapat dinyatakan atau dijelaskan dengan betul sama sekali oleh siapa sahaja kecuali Allah swt.


Kerana itu Rasulullah saw menyuruh manusia berhenti dari memikirkannya, lebih lebih lagi orang yang beriman. Cukuplah tanda tanda kebesaran Allah swt dilangit dan dibumi ini untuk menjelaskan segala yang manusia perlukan mengenai Kewujudan Allah swt.


Jika dipaksakan juga untuk memikirkannya, maka jawapannya tidak akan pernah betul. Maka begitu juga dengan perkara perkara ghaib mengenai akidah yang tidak begitu nyata dijelaskan oleh Allah swt dalam al Qur'an. Maka ia perlu diyakini setakat mana yang dinyatakan saja Allah dan Rasulnya. Kerana sebagai manusia, walaupun semua mereka sepakat berpendirian dengan 1 akidah yang mereka fikir fikirkan sendiri, ia tidak akan pernah betul.


Maka kita perlu berhenti dari memikirkannya lebih jauh kerana tidak akan ada penyelesaiannya. 


Ya Allah tunjukkanlah kepada kami kebenaran sebagai suatu yang benar dan kurniakan kami untuk mengikutinya, dan perlihatkan lah pada kami kebatilan sebagai suatu yang batil dan kurniakan kami menjauhinya. Aaamiiin. 




Comments

Popular posts from this blog

Layang Layang Brunei.

Ice Cream Brunei

3/5 MENDEKATI AIR ZAMZAM