AMALAN PENYERI DAN PENGAWET WAJAH

Bismillah: AMALAN PENYERI DAN PENGAWET WAJAH

Selain dari amalan yang disebutkan didalam poster ini, ada beberapa amalan lagi yang boleh ditambah dan beberapa pantang larang yang perlu dijauhi.

Amalan tambahan ialah:
1. Berbaik sangka pada Allah swt. 
2. Bersikap positif.
3. Doakan semua orang dengan kebaikan.
4. Suka bersedekah.
5. Amalkan segala suruhan dan usahakan untuk istiqamah pada perkara sunnah.

Pantang larangnya ialah:
1. Jauhkan makanan dan minuman haram maupun yang makruh dan syubhah. Bagaimana kita boleh bangun waktu sahur dan solat tahajjud kalau makanan kita tidak terjaga.
2. Jauhkan menghisab rokok. Walaupun ada ulama yang mengharuskannya. Kita nampak sendiri beza muka perokok dengan yang tidak.
3. Jauhi fikiran negatif. Kalau fikiran kita negatif, muka kita akan berubah jadi buruk bukan? 
4. Elakkan diri dari memikirkan dan membicarakan perkara sia sia. Kerana perkara sia sia akan membuat kita leka dan telepas perkara baik. Bila telepas, kemurungan yang akan jadi selepas itu akan memburukkan wajah. 
5. Elakkan diri dari segala perkara yang haram maupun makruh. 

Macamana?. Perkara biasa sajakan?. In sya Allah mudah. Berdoalah agar Allah swt memudahkannya. Yang penting juga ialah azam kita dan Istiqamah. Semoga bermanfaat.




 

Comments

Popular posts from this blog

Layang Layang Brunei.

Ice Cream Brunei

3/5 MENDEKATI AIR ZAMZAM