Khasiat Pokok Zaitun
Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Bismillah: Al Hamdulillah, Seorang sahabat kita pernah cerita bagaimana dia mencari cari minyak zaitun yang dambil dari pokok zaitun Timur Tengah, iaitu bukan buah zaitun semata mata. Sebab katanya di dalam al Qur'an menyatakan zaitun yang berkat itu ialah pokok zaitun itu sendiri dan bukan buahnya sahaja.
Manakala pokok itu hendaklah tumbuh di Timur Tengah. Kerana al Qur'an menyatakan khusus pokok itu hendaklah tumbuh di Timur tengah, bukan di Timur dan bukan di Barat.
Katanya, kenyataan al Qur'an tersebut menjadikan kita tertanya tanya. Adakah pokok Zaitun yang tumbuh di Timur Tengah lebih baik dari yang tumbuh di tempat lain., adakah pokok Zaitun lebih baik dari buahnya?
Rupanya setelah kajian dibuat, memang Pokok zaitun itu sendiri daun dan rantingnya jauh lebih berkhasiat dari buahnya. Manakala pokok dan buah zaitun yang tumbuh di Timur Tengah pula jauh lebih berkhasiat dari pohon yang tumbuh di Timur dan di Barat.
Sebabnya ialah, kawasan Timur Tengah yang penuh padang pasir, maka yang tumbuh hanya dari yang terbaik sahaja dari tanahnya. Tidak seperti pokok dan buah yang tumbuh di tempat lain yang cair dan banyak bercampur dengan air.
Sama seperti madu Yaman, madu Arab, Tebu, Kurma, Buah Teen dan lain-lain. Pokok dan buah yang dihasilkan di sana adalah yang terbaik.
Perkara ini bermakna jika buah Zaitun tempat lain 10 kali lebih rendah mutunya dari Buah Zaitun Timur Tengah, manakala Pokok Zaitun Timur Tengah 10 kali jauh lebih baik dari Pokok Zaitun tempat lain. Maka Pokok Zaitun Timur Tengah jauh lebih hebat dari pada pokok zaitun biasa.


Comments
Post a Comment