Bintang Bintang Di Bumi?
Bismillah: Assalamu Ala Man Ittaba' al Huda
Di dalam ayat 36 An-Nur
Allah swt menyifatkan cahayaNya seperti cahaya atas cahaya yang bersinar di rumah rumah yang disebut namaNya yang dizikirkan setiap pagi dan petang.
Manakala di ayat 35 Allah swt menyatakan, Cahaya itu bersinar bagaikan lampu yang menggunakan minyak pokok Zaitun yang berkat, dari timur tengah, ditegaskan pula bukan dari timur dan bukan dari barat, yang minyaknya seakan menyala walau tidak disentuh api.
Dari kedua-dua ayat di atas, kita lihat dua keajaiban. Pertama cahaya utama yang Allah swt nyatakan di sini ialah cahaya rumah rumah yang diisikan dengan zikir. Rasulullah saw menyatakan rumah rumah tersebut bercahaya pada waktu malam dan nampak dari angkasa seperti cahaya bintang.
Rumah yang tidak disebutkan zikir sama sekali, dikatakan gelap gelita seperti kubur.
Kedua ialah, pokok zaitun yang berkat, bukan di timur dan bukan di barat dalam ayat 35. Kenyataan ini mengundang pertanyaan dan persoalan. Apabila dikaji ternyata minyak zaitun adalah minyak yang paling berkhasiat menyembuhkan penyakit. Sebabnya ialah kerana kesenian atau kehalusan dan kelembutannya boleh masuk ke mana saja anggota tubuh dan melicinkannya. Maka ia membantu membersihkan, menyembuhkan urat saraf yang tersumbat, dan seterusnya menguatkannya.
Selain itu setelah lama dikaji, ternyata daun, ranting dan pokok zaitun itu sendiri lebih berkhasiat dari buahnya. Pokoknya yang jauh lebih berkhasiat dari buahnya ini disebut dalam ayat 35 itu sendiri yang menyebutkan pokok zaitun yang berkat.
Bahkan lebih mengejutkan lagi kajian mengenai Pokok zaitun timur tengah jauh lebih berkhasiat dari pokok zaitun tempat lain. Sebab pokok zaitun di sana terhasil dari tempat kering, sehingga zat yang masuk ke dalam pokok daun dan buah adalah amat pekat, sedangkan pokok zaitun dari tempat lain banyak bercampur dengan air. Maka pokok daun dan buah zaitun di tanah Arab jauh lebih baik dari tempat lain. Maka betullah juga firman Allah swt yang menyatakan Pokok Zaitun tumbuh bukan di timur dan bukan di barat.
Oleh itu minyak yang dihasilkan dari buah, ranting dan daun pokok zaitun timur tengah adalah minyak yang benar benar power di atas power.
Pihak barat dan jepun telah mengkaji minyak zaitun ini sedalam dalamnya dan mereka amat kagum dan mengakui kehebatannya. Lalu mereka mengamalkannya sehingga pokok zaitun banyak mereka sebut sebut sekarang sebagai solusi perubatan yang terpenting. Pokok zaitun dibuat sebagai logo dan lambang persatuan, nama syarikat dan macam macam lagi.
Namun lebih menakjubkan lagi, baca baik baik, kebaikan minyak yang power di atas power ini tadi adalah sama dengan keajaiban dan cahaya yang dimiliki oleh rumah yang dibaca di dalamnya orang-orang yang rajin berzikir menyebut Nama Allah swt.
Maka siapa yang rajin berzikir, kesannya akan sama seperti meminum minyak pokok zaitun yang amat power itu tadi.
Bayangkan saudara, zat pokok zaitun yang berkat, yang amat membantu menyembuhkan penyakit, sebenarnya dimiliki oleh rumah umat Islam yang rajin beribadat. Maka kesannya untuk umat Islam yang hatinya suka beribadat akan mendapat impak yang baik. Kerana itulah jemaah tabligh cepat sembuh setelah kena virus corona. Hanya 3 hari saja, walaupun ketika itu, dunia belum banyak tahu tentang corona virus.
Rahsia yang amat penting yang ingin saya nyatakan ialah, Saudara, ingatkan ini sedalam dalamnya.
Bayangkanlah kalau minyak zaitun sering digunakan bersama amalan zikir nama nama Allah swt sering dibaca setiap pagi dan petang, maka bukankah cahaya dan kesehatan yang digarap akan lebih gemilang lagi.
Keuntungan yang kita akan dapat dari kedua dua cahaya tersebut tentulah akan menjadi gilang gemilang. Bukan dua kali ganda, tetapi berpuluh kali ganda. Bukankah rugi nanti kalau kita tidak mengamalkan kedua duanya sekali.
Kita sekarang amat memerlukan cahaya yang gilang gemilang ini, maukah saudara percaya, atau maukah saudara menyesal di akhirat nanti dengan kesalan yang sebesar besarnya kerana membiarkan dan tidak mengamalkan salah satu kurnia power yang dikurniakan Allah swt ini?
Semoga bermanfaat. Wassalam.

Comments
Post a Comment